DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

"Ketika inilah hatiku rindukan kasihNYA"

Saturday, December 29, 2012

Ini kisah 2012 aku




~Assalamualaikum wtb~

Alhamdulillah, Allah swt masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumi ini... =)
Lebih kurang 3 hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2013.Oleh itu, aku mengambil peluang ini untuk mencuri sedikit masa menceritakan serba sedikit kenangan2 yang telah aku lalui sepanjang 2012 ini atau dengan kata lain, mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini. Semua orang ada kisah masing2 kan? Mau share atau tidak, itu terpulang pada diri masing2. of course kisah happy yg akan aku share, sbb benda yang buruk itu cukup diri sendri yg tahu. Buat pedoman, pengajaran, ataupun peringatan diri sendiri dan orang2 yang terlibat. Wallahualam. 
Walau jari jemari cukup malas untuk menekan keyboard laptop, namun aku gagahi jua.Takut timbul penyesalan ditahun baru nanti.. (motif menyesal???)

Lalu, berbekalkan dengan semangat keterpaksaan yang menjulang tinggi, aku memulakan penceritaan kisah2ku sepanjang 2012 ini.. =) 0ooo btw, bukan semua peristiwa yg akan aku cerita ok. Aku tidaklah serajin itu untuk menaip semua peristiwa yg berlaku. Jadi, dipendekkan cerita, cuma peristiwa2 yg bg aku paling memberi makna sepanjang tahun ini.. So, just enjoy all the pictures..



February 2012 - Jalan2 dengan adik n kakak aku di Center Point Shopping Complex, KK. Yg muka separuh tu adik aku. We're having our great time together =) Ouh, with my brother-in-law(cameraman) actually.


************************


Ogos 2012 - Berhari raya dengan sahabat dunia akhirat. Shella (Black Jubah), aku (Dengan jari peace sambil memangku kucing), Shila (Kurung Coklat) dan juga Totom (Kurung Oren).

Well yeah, supposed ada lagi 5 orang selalunya bersama kami, Atul (Rumah jauh di Sipitang so x dpt join). Jijah (Jadi isteri orang susah sikit mau gerak solo.So, kamilah yg pegi rumah dia), Bebeng (Hantar tunang balik kalau x salah), Timong (Masih di KK time ni), and Ros (Mmg x nak join). Tapi hanya ini yg tinggal.But, still we're enjoy our day.. =)

*********************

September 2012 - My sister's wedding. Ini kakak aku yg 1st. Alhamdulillah sudah selamat bergelar isteri orang.



September 2012 - Me with my lovely sisters heading to Sg.Siput Perak to attend our sister's wedding .  Aku ofkos la dengan shawl kaler purple and awning kaler hitam tu. Depan tu kakak aku (Mrs.Azimah @ Driver of the day), sebelah kanan yg pakai shawl putih tu adik bongsu aku (Sakinah a.k.a Een), sebelah kiri aku tu pula adik ppuan aku selepas aku (Farhana a.k.a *****)

September 2012 - From left: Farhana, Afidah, Sakinah. A day after  the wedding.  Jalan2 time =D




September 2012 - Dengan berani aku nyatakan di sini, DIA la satu2nya wanita yang aku rasakan lebih cantik dari aku dan dari mana2 wanita di dunia ini yang aku pernah jumpa. Mama saya =) My mom..


September 2012 - Yang ni pula satu2nya lelaki yang aku rasakan lebih hensem dari mana2 lelaki di dunia ini yang aku pernah jumpa. Bapa saya =) My dad..


September 2012 - Situasi2 sepanjang mereka2 berada di negeri orang.. Malas punya pasal, gabung banyak2 gambar jadi satu cerita. Settle!


**************************

November 2012 - Ok, gambar2 di bawah ini adalah gambar yang diambil ketika classmate aku terlibat dengan satu exhibition anjuran budak2 Food Service iaitu Modernizing Gastronomy in view of Retailing and Nutrition, bertempat di Dewan Annex, UiTM Shah Alam. Fyi, kelas aku satu2nya wakil dari program Hotel Management. Kami kena sediakan 2 booth, bertemakan health and beauty. Hasilnya........

November 2012 - 1st booth : bertemakan buah-buahan dan kami namakan booth ni sebagai "FRUITY BEAUTY"
November 2012 - 2nd booth : bertemakan chocolate dan tea dan kami namakan booth ni "CHOCOLATEA"
November 2012 - Myclassmate with our lecturer selepas selesai program. Some of my friends terpaksa disensoredkan atas sebab2 tertentu. Klik sini utk tau apa sebabnya.. 


*****************

Yang kt bawah ni pulak, time aku dan 7 org classmate aku (4 of them, housemate aku)  join conference. Ini bukan calang2 conference, sbb ada ramai delegasi antarabangsa yg terlibat. Conference yg diberi nama 1st International Islamic Tourism Standard Conference ini telah berlangsung di PWTC- Dr Ismail Conference Hall.

December 2012 - Gambar ni saja x edit. Lihatlah betapa 'paginya' kami berada di PWTC ni. Mata pun still nampak mcm baru bangun. So, introducing my classmate a.k.a my housemate. Dari kiri Chacha (shawl cekelat dari serdang), Gdah (Lawas Sarawak), aku (Sabah), Adib (Rawang), dan Fatin (Sibu Sarawak).

December 2012 - Dr kiri : gdah, aku, mya, fana, fatin

December 2012 - Yeahhh, itu Tun Dr. Mahathir sedang berucap :)  Pihak media pun ada skali.

December 2012 -  Yang paling kanan tu Man, the only thorn in my class.. :)


Jadi, gambar2 di atas adalah antara peristiwa yg bg aku sgt berharga. Sebenarnya, ada byk lg peristiwa yg bagi aku menarik utk dikongsi tp malangnya gambar ntah kemana.Kalau just cerita tanpa gambar, bosan!... Btw, semoga apa yg berlaku ditahun 2012 ini akan menjadikan aku seorang yg lebih matang, menjadikan aku hambaNya yg lebih baik, lebih berilmu dan maju, berwawasan, berdikari, berfikiran jauh, dan ber macam2 lagi. InsyaAllah..


*Gambar-gambar di atas dikongsi tanpa sebarang niat menunjuk atau mengaibkan sesiapa.. Peace yaw!


Much love from me yang sudah mengantuk Zzzzzzzzzz (12.25 am)

Late Kair and Upin


Wassalam